Lagenda Bola Sepak Argentina, Diego Maradona berasa marah sambil mengecam kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Julio Grondona bahawa beliau adalah pembawa sial buat skuad kebangsaan itu.
Menurut laporan Xinhua,
Grondona mengatakan bahawa gol tunggal yang diperoleh Argentina ketika
menentang Iran hanya selepas Maradona meninggalkan stadium ketika itu.
"Saya
meninggalkan stadion sebelum akhir babak pertama. Seseorang (yang
mendakwa Grondona) mengatakan gol berkenaan mungkin disebabkan saya
telah meninggalkan stadium. Mengarut! Gol itu hanya menunjukkan aksi
kecemerlangan Lionel Messi dan bukannya saya tidak berada ketika
menyaksikan perlawanan," kata Maradona.
Maradona
dilaporkan sempat menghadiri ke Stadium Mineirao di Belo Horizonte dan
menyaksikan perlawanan Argentina menentang Iran. Dalam persaingan itu, Iran akhirnya kalah 0-1 menerusi jaringan tunggal Messi pada minit-91.
Dilaporkan,
Grondona didakwa mengatakan gol tersebut berlaku kerana Maradona telah
meninggalkan stadium. "Kami menang selepas si 'pembawa sial' beredar,"
kata Grondona.
Grondona telah memimpin AFA sejak 1979. -Mstar