Kuala Lumpur, 17 Jun – Pelakon Maria
Farida yang mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik beberapa bikini untuk
mendapat pandangan daripada para pengikutnya di Instagram sabtu lalu
berpendapat segelintir pengikutnya yang memberi komen lucah berhubung foto
tersebut dianggap sebagai golongan yang berfikiran kotor.
Maria, 44, menganggap tindakannya
itu tidak patut dijadikan isu kerana dia hanya meletakkan beberapa helai bikini
di atas katil bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.
"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan
di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai
bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.
"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Merujuk kepada foto yang dimuatnaik Sabtu lalu dengan
status berbunyi, ‘Cant decide on which one…hmmm’ (Tak boleh putuskan yang mana
satu…hmmm) telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya
terutamanya golongan lelaki yang member komen-komen lucah kepada pelakon
tersebut.
"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa
sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang
sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.
"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya lagi.
"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya lagi.
Pelakon itu berkata, dia telah menyuruh pembantunya
untuk membuang foto berkenaan kerana bimbang akan terus menerima komen-komen
lucah dari golongan yang sengaja memperbesarkan isu tersebut.
Sementara itu, Maria yang kini sedang bercuti di Pulau
Krabi, Thailand berkata, dia akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor