MAKKAH – Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua
yang hampir siap mendorong pihak berkuasa membenarkan mataf bertingkat
dibuka pada Ramadan ini.
Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman
Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk
mengelilingi Kaabah sepanjang bulan mulia ini.
“Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah yang dilengkapi
lif serta tangga bergerak telah selesai sepenuhnya manakala aras kedua
pula sudah siap 80 peratus,” jelasnya.
Projek fasa kedua itu melibatkan pembesaran mataf di kawasan timur Masjidil Haram dari pintu Al-Fatah hingga pintu Umrah.
Difahamkan, projek tersebut akan dihentikan selama empat bulan untuk
memberi laluan kepada jemaah umrah dan haji mengerjakan ibadah mereka,
dipetik dari laporan Arab News.- mStar