Sebelum ini laporan mengenai pelakon Diana Danielle
yang berasa cemburu apabila suaminya, Farid Kamil dipegang oleh pelakon, Nora Danish
dalam sekeping gambar yang dimuatnaik dilaman Instagram pelakon itu mencetuskan
kontrolversi antara mereka.
Menurut Nora, gambar yang dimuatnaik itu adalah untuk
mempromosikan filem terbarunya bersama Farid Kamil berjudul Malam Pengantin
tetapi perkara tersebut tidak disenangi isteri aktor berkenaan, Diana yang
dilihat mengritik tindakan pelakon wanita itu.
Isu itu heboh diperkatakan oleh para pengguna laman
Instagram yang rata-ratanya menganggap Diana seolah-olah sengaja mencetuskan
kontrolversi bagi menjatuhkan reputasi Nora Danish.
Hal ini pastinya akan mencetuskan kebimbangan
dikalangan pelakon wanita sekiranya diminta bergandingan dengan pelakon lelaki
tersebut.
Bagi pelakon Maya Karin yang akan terlibat dengan
promosi filem bersama Farid dalam filem Lagenda Budak setan 3, dia tidak akan takut
sekiranya diminta untuk beraksi berpegangan tangan dengan pelakon itu.
“Saya rasa saya tak pernah melangkaui batas, of course
saya ada pegang-pegang hero saya jadi saya takkan tiba-tiba rasa bersalah atau
segan dan saya takkan rasa takut”.
“Ianya semua dilakukan atas dasar kerja, depends on
sejauh mana keakraban saya dengan pelakon itu, semuanya terletak atas batas dan
niat, so saya tak takut kalau ditegur,” katanya memetik Ohbulan.
KedahNews.com berharap Diana yang juga seorang artis
memahami situasi berkenaan dan mungkin tindakanya baru-baru ini bertujuan untuk
membantu mempromosikan filem lakonan suamninya itu, Siapa tahu kan? –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor