Media Sosial UMNO Ketinggalan Berbanding PKR, kata Ahmad Maslan #MediaSosial #Kedah #KedahNews

Kota Bharu, 9 Jun – Ketua Penerangan Umno, Dato’ Ahmad Maslan menyifatkan ahli didalam parti ini sedikit ketinggalan berbanding parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PKR) dalam mengunakkan media sosial bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai perkembangan politik yang berlaku di negara ini.

Menurut beliau, Umno perlu peka dengan perkembangan teknologi di zaman ini bagi menarik minat golongan muda yang dilihat lebih cenderung mengunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat berbanding media perdana yang dilihat agak ketinggalan.

Ahmad Maslan berkata, jentera Umno harus mempertingkatkan kemahiran dalam penggunaan media sosial bagi menolak setiap tohmahan yang disebarkan oleh pembangkang yang diihat semakin berani menghentam kerajaan bagi mendapat sokongan daripada masyarakat terutamanya golongan muda.

“Kita tengok, pembangkang mengunakkan laman Youtube untuk sampaikan maklumat, kita pun sebenarnya sudah ada tetapi kita perlu menambahkan ceramah kita kerana anak-anak muda tidak gemar dan tidak ada masa untuk pergi mendengar ceramah.

Kita juga akan tampal poster tapi bukan di dinding-dinding bangunan tapi poster di laman Facebook, Twitter, dan WhatsApp untuk menyampaikan kebenaran, bukan fitnah seperti dilakukan pembangkang,” katanya kepada media selepas selesai Majlis Ilmuan Islam Umno Kelantan.

Mengulas mengenai majlis yang diadakan, Ahmad Maslan yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan menegaskan Majlis Ilmuan Islam itu juga perlu aktif dalam memberi penerangan mengenai isu agama dan isu lain termasuk Cukai Barang dan Perkhimatan (GST).

“Kita perlu aktikan program penerangan membabitkan agama, GST dan sebagainya kepada masyarakat di luar sana supaya mereka lebih memahami dengan lebih mendalam,” jelasnya lagi kepada media. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor