Pendang, 12 Jun – Seorang ibu
tunggal yang menghidap penyakit masalah paru-paru memerlukan wang berjumlah
RM6,000 untuk menampung kos pembedahan terhadap anaknya yang memerlukan
tempurung kepala palsu.
Che Yun Hassan, 63, dari Kampung Batu
Hampar berkata, anak perempuannya yang terlibat dalam satu kemalangan dua tahun
yang lalu memerlukan tempurung kepala palsu bagi menjalani kehidupan sebagai
manusia normal.
Menurut Che Yun, anaknya terpaksa
menolak tawaran menyambung pengajian di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin yang telah tertangguh dua tahun yang lalu akibat masalah
kesihatan yang di alamii gadis tersebut.
“Izzah tidak boleh begitu lasak
dan pergerakannya juga terbatas, sebab itulah dia terpaksa menolak tawaran itu.
Dia juga tidak boleh terlalu runsing dan banyak berfikir kerana akan mengalami
sakit kepala yang teruk.
“Sebelum ini, Izzah lansung tidak
boleh melakukan apa-apa pekerjaan, mak cik yang terpaksa menguruskannya dan dia
hanya duduk termenung sahaja seolah-olah berkhayal. Hendak solat pun terpaksa
duduk sahaja dan kadang-kadang kepalanya akan mengeluarkan darah dari bekas
pembedahan sebelum ini,” kata Che Yun kepada wartawan.
Mengimbau detik kemalangan yang
berlaku dua tahun lalu, Izzah atau nama sebenarnya Nurul Izzah Liyana berkata,
dia yang ketika itu sedang menjalani latihan pratikal di Pekan Pendang telah
berlanggar dengan dua buah motosikal yang sebelum ini terlibat dalam satu
kemalangan menyebabkan kedua-dua motosikal tersebut menimpa kepalanya.
Sementara itu, Che Yun mengakui
dia dia kini runsing memikirkan mengenai kos perbelanjaan yang masih belum
cukup sedangkan tarikh pembedahan sudah hampir tiba.
“Dijangka pembedahan akan dibuat pada bulan hadapan
namun tarikhnya belum dipastikan lagi. Saya runsing memikirkan tarikh
pembedahan yang bakal tiba kerana kos pembedahan belum mencukupi,” katanya
ketika ditemui.
Dia berharap jasa baik orang ramai untuk menghulurkan
bantuan kepadanya untuk menampung kos pembedahan anaknya kerana mereka tidak
mempunyai sebarang pendapatan.
“Perbelanjaan harian kami pun hanya atas pemberiannya
anak yang lain. Mak cik juga tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan
serta uzur. Kami sangat bersyukur jika ada yang prihatin dan sedia
menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor