Nabila Tuduh Amy Search Perosak Hidupnya?

Aktress, Nabila Huda secara terang-terangan hari ini menuduh bapa kandungnya, Amy Search, sebagai individu yang merosakkan hidupnya baru-baru ini setelah pernah bertindak begitu sebelum ini.

Melalui akaun laman sosial miliknya, Nabila juga merayu bapanya supaya memberi penjelasan dan memulihkan kembali "kerosakan" yang dikatakan telah dilakukan.

"Pa, Pls explain and fix the things that you've created. I'm beggin you pls. Fix it. You're ruin my life once again @AkuAmySearch, (Papa, sila jelaskan dan betulkan kembali perkara-perkara yang papa buat. Saya rayu pada papa, tolonglah Betulkan. Papa merosakkan hidup saya sekali lagi @ AkuAmySearch)," kata Nabila yang dipetik dari laman Twitternya hari ini.

Sebelumnya, Amy Search benar-benar hilang sabar setelah anak perempuannya itu memuat naik sekeping gambar percutiannya yang agak "panas" dalam posisi memaparkan Nabila dan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang berdiri dipercayai berpelukan dengan menghadap diri masing-masing.

"Abil ni dah lupe ke dulu masa kena tangkap dengan Edi kt Penang dulu. Yang jantan ni pun sama tkde rasa segan silu ke kt aku ape lgi kt public. Memang mcm p*****k lah kau ni!!! Dah lama btul aku kua ayat ni," komen Amy pada perilaku anaknya dengan lelaki tersebut sebelumnya.


Gambar yang diberi tertulis "Me and you" itu agak meragukan kerana ada yang menganggap Nabila dan lelaki berkenaan seakan-akan sedang bercium, namun dakwaan itu tak dapat dipastikan kerana bahagian dada ke atas tidak didedahkan.

Bagaimanapun, dipercayai gambar kontroversi yang menimbulkan kemarahan Amy Serach itu telah ditarik balik oleh Nabila dan tindakan tersebut turut dipertikai peminat yang mengikuti perkembangan selebriti dua beranak itu.

"Beb, @abilsuhaimi gambar ig yg bapak u komen u delete .Gambar ig yg orang ajak u masuk kristian u tak delete. U syg bapak u ke kristian tu?," persoal peminat tersebut. -KedahNews.com