Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk
merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu
bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap
kesedihan itu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut.
"Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu.
"Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin.
Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut.
Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.