Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.
Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar
mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian
gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.
Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan
parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital
Keningau.
Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39,
turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara
tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi
dan kayu.
Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya
semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di
kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.
Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada
masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa
mengambil minuman keras.
Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut
sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan
tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di
luar kedai.
Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom
mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di
sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu
bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.
Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.
Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status
Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati
kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa
mereka apabila bergaduh.
Sumber: MYNEWSHUB.MY