Nora Danish Paling Ngetop!

nora danish A

Kuala Lumpur, 10 Jun – Pelakon jelita, Nora Danish meraih populariti paling tinggi dalam laman sosial Instagram apabila mempunyai bilangan pengikut seramai 828,000 orang sekaligus mengatasi penyanyi terkenal Negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Kajian yang dilakukan oleh satu portal berita semalam, Dato’Siti berada di kedudukan kedua pengikut paling ramai iaitu sebanyak 622,00 orang manakala Lisa Surihani menduduki  tempat ketiga dengan bilangan pengikut sebanyak 601,000 orang.

Hasil kajian yang dibuat menunjukkan, sikap keterbukaan Nora yang banyak memuatnaik gambar-gambar aktiviti hariannya termasuk ketika melakukan pengambaran serta turut memuatnaik gambar dia bersama Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’Seri Mohamad Nazri Aziz menjadikan akaun Instagramnya menjadi tumpuan para pengikutnya.

Purata setiap gambar yang dimuatnaik oleh Nora mendapat jumlah like daripada 15,000 ke 30,000 orang.
Jumlah status yang telah dikongsikan bersama pengikutnya ialah 5,563.

Satu-satunya artis lelaki yang mendudki kedudukan lima teratas ialah Pelawak terkenal, Zizan Razak dengan jumlah pengikutnya seramai 589,000 orang.

Di sini KedahNews ini berkongsi kedudukan 10 artis yang mempunyai bilangan pengikut paling tinggi di instagram :
  1.  Nora Danish – 828,000 orang
  2. Dato’Siti Nurhaliza – 622,000 orang
  3. Lisa Surihani – 601,000 orang
  4. Zizan Razak -589,000 orang
  5. Emma Maembong – 588,000 orang
  6. Shila Hamzah – 558,000 orang
  7. Scha Al-Yahya – 525,000 orang
  8. Fazura – 500,000
  9. Elfira Loy -493,094 orang
  10. Fasha Sandha – 438,000 orang(hasil kajian ini ini di ambil pada hari isnin sekitar jam 4.00 petang)
- KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor