Kuala Muda - Persepsi masyarakat yang salah yang menganggap ketum
sebagai rawatan alternatif dalam kehidupan seharian menyebabkan minuman
itu masih menjadi pilihan termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.
Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda, Nor Hisham Yahya berkata, mentaliti masyarakat yang salah anggap menyebabkan air ketum masih diamalkan sedangkan ia adalah bahan yang berbahaya dan memudaratkan kesihatan.
Menurutnya, amalan meminum air ketum boleh menyebabkan ketagihan bukan sahaja dalam kalangan warga emas malah sudah merebak ke penglibatan pelajar sekolah.
“Kita ada menerima respons daripada pelajar yang mengaku terlibat dalam kegiatan air ketum ketika ditanya dalam beberapa seminar yang dibuat sebelum ini.
“Mereka tanpa segan silu angkat tangan dan mengaku pernah minum bahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, respons mendapati hampir keseluruhan peserta seminar yang terdiri daripada pelajar sekolah tahu dan mengamalkan minum air ketum.
Beliau berkata, faktor penanaman yang wujud di sekitar perumahan juga menjadi punca ia masih menjadi pilihan sehingga berlakunya ketagihan,” katanya.
Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga wanita lepas bersalin selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Menurutnya, antara kesan sampingan kronik ketum termasuk anoreksia seterusnya hilang berat badan, penyakit hati, sukar tidur, gila dan berhadapan risiko tertidur semasa bekerja.
“Jika diambil bersama dadah boleh menyebabkan ketagihan dan pengambilan bersama alkohol boleh membawa kesan sedatif berlebihan atau masalah pernafasan sehingga boleh membawa maut,” katanya.
Seminar Bahaya Daun Ketum turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Kedah, Mokhtar Abdullah dan Asisten Superintenden Abd Razak (Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah).
Seminar anjuran Biro Anti Dadah Parlimen Merbok itu dirasmikan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain. -SH