Paksa Gadis Lakukan Seks Jika Ingin Kerja


Riyadh, 10 Jun – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 kali sebatan ke atas seorang lelaki India yang didakwa bersalah memaksa seorang gadis melakukan hubungan sulit dengannya sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan.

Lelaki India tersebut akan merayu di mahkamah agar hukuman ke atas dirinya dapat dikurangkan tetapi pihak pendakwa berkata mereka akan menuntut supaya mahkamah dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap pihak defenden.

Menurut sumber, lelaki tersebut dikatakan telah terbukti menjalankan hubungan sulit dengan ramai wanita yang ingin mendapatkan pekerjaan dengannya dan dia dipercayai telah menghantar gambar lucah  ke telefon biimbit mereka.

Hakim menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapat bukti kukuh perilaku defenden terdapat golongan gadis dengan memaksa mereka menjalinkan hubungan sulit dengannya terlebih dahulu sebelum diberikan pekerjaan.

Dia juga didakwa menggunakan kereta mewahnya untuk membawa mangsa ke ‘tempat kerja’ sebelum bertindak memaksa gadis tersebut mengadakan hubungan seks. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor