PDRM Kenal Pasti 15 Rakyat Malaysia Anggota Militan Maut Di Syiria?


Bukit Kayu Hitam, 26 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Syria berhubung laporan kematian 15 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi anggota militan di negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media semalam, dia percaya beberapa anggota militan masih berada di negara ini dalam merekrut ahli baru bagi menyertai kumpulan mereka untuk berjuang di sana.

"Siasatan masih dijalankan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Unit Risikan Sempadan di sini, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan yang dibuat Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun lalu.

Wakil Syria mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain terrmasuk beberapa negara Asean menyertai kumpulan militan di sana.


Hari ini KedahNews.com ada menyiarkan rakaman video dipercayai rakyat Malaysia yang berada di Syria dalam perjalanan ke medan peperangan di sana.
Dalam video yang mula tersebar di laman Youtube itu, rakaman tersebut dipercayai telah dibuat oleh seorang ahli kumpulan tersebut yang berasal dari utara. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor