ALOR SETAR - Pengunjung ‘Muslim Fest Malaysia’ berpeluang menyaksikan
Pedang Rasulullah dan al-Quran bersaiz gergasi yang bakal menjadi
tarikan utama sepanjang karnival berkenaan berlangsung dari Khamis
hingga Ahad ini.
Pengurus acara, Rosliza Majid berkata, penganjuran festival itu yang julung kali di negara ini oleh Muslim Fest Event dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan kerajaan negeri diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.
Menurutnya, festival itu bakal menampilkan konsep berbeza kerana menonjolkan aktiviti umat Islam yang santai tetapi pada masa sama boleh beribadat serta menimba ilmu.
“Selain pameran, turut diadakan demonstrasi penyembelihan kambing, ayam, arnab dan burung puyuh oleh kakitangan Jaik.
“Ibadat solat lima waktu secara berjemaah sepanjang program ini berlangsung turut dititikberat. Apabila azan dilaungkan semua aktiviti dihentikan bagi memberi peluang kepada orang ramai menunaikan solat berjemaah di tempat yang disediakan,” katanya.
Rosliza berkata, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti qiamullail yang bakal diimamkan, Imam Besar Masjid Zahir.
“Orang ramai juga boleh mengunjungi gerai jualan produk halal, gerai agensi kerajaan yang mengambil bahagian seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan melihat pertandingan dekorasi kek, tulisan khat serta pertunjukan teh tarik.
“Aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen dan penampilan istimewa watak animasi Upin dan Ipin,” katanya.
Menurutnya, aktiviti golongan belia pula termasuk sukan lasak dan pameran permotoran.
“Pengisian lain yang menarik ialah ceramah agama oleh peserta program Pencetus Ummah Izzat Fathi Hisham, qasidah oleh pelajar sekolah tahfiz.
“Beberapa artis akan membuat persembahan pada hari ketiga serta malam penutup antaranya Ainan Tasneem dan Hafiz Hamidun,” katanya.
Majlis penutup akan disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Sabtu malam.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai kerana ia adalah percuma.

Sumber: Sinar Harian