Pelajar UM Dihalau Dalam Dewan Peperiksaan Kerana Berpurdah?


Bangsar, 19 Jun – Seorang penuntut wanita di Universiti Malaya (UM) mempertikaikan tindakan kakitangan di sini yang mengarahkannya untuk keluar dari dewan peperiksaan disebabkan dia berpurdah.

Menerusi satu status yang telah dimuatnaik oleh pelajar ini di Laman Sosial Facebook, dia tidak menyalahkan pihak UM sekiranya mereka tidak membenarkannya berpurdah tetapi berpihak berkenaan haruslah memberi amaran terlebih dahulu sebelum terus bertindak menghalaunya ketika sedang mengambil peperiksaan.

Dalam status yang berbunyi, “Perlu ke suruh aku keluar dewan cabut purdah? Dengan alasan undang-undang UM tak membenarkan. Ok takpa. Aku boleh patuh lagipun aku pegang purdah sebagai sunat. Tapi perlu ke masa aku tengah sibuk nak menjawab suruh aku keluar? Kenapa tak bagi amaran saja dulu: “Adik esok jangan pakai dah” atau tahan aku kat muka pintu sebelum masuk. Atau tampal notis besar-besar “NO NIQAB”. Wahai UM. Aku pelajar-pelajar lain yang pakai seksi tahap gaban tu takda pula kau nak cantas padahal bukan dalam etika pemakaian semua pelajar kena sopan ke? Inilah undang-undang akhir zaman. Yang bertudung itu hak kan? Jadi hak aku nak pakai purdah atau tidak. Tak adil. Dan satu lagi tiada sebab untuk purdah dilarang. Tiada! Sekian.
Dalam pada itu, dia turut mempertikaikan pihak UM yang membenarkan pelajar wanita yang berpakaian seksi tanpa menerima sebarang teguran daripada pihak berkenaan.

KedahNews.com berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara lebih baik dan tidak salah sekiranya pelajar ini berpurdah selagi dia tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan pihak UM.


Diharap pihak UM dapat menjelaskan mengenai isu yang telah tersebar di laman sosial kerana UM merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkemuka di negara kita. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor