Pelakon Iklan Kit Kat Meninggal Dunia

Kuala Lumpur, 18 Jun – Pelakon iklan Kit Kat, Nabil Abdul telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi semalam selepas menghidap kanser lymphoma setelah dimasukkan di Hospital Ampang emapt hari yang lalu.

Menurut rakan artis, Jihan Raja Lawak, yang baru-baru  ini menjayakan sebuah telefilem berjudul ‘ Jihan Nak Buat Rumah Terbuka’ , Allahyarham Nabil telah menghidap penyakit itu sejak berusia 21 tahun lagi tetapi telah sembuh selepas menjalankan rawatan kemotrapi.

Jihan berkata, penyakit itu kembali menyerang Allahyarham ketika dia berusia 29 tahun dan keadaanya bertambah serius selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang.

Allahyarham Nabil Abdul dikenali menerusi iklan Kit Kat bersama M.Nasir  yang telah ditayangkan beberapa tahun yang lalu.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan  di kampung halamannya di Kulim, Kedah. KedahNews.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Di Sini KedahNews.com menyiarkan  video iklan tersebut untuk tontonan para pembaca portal. Tayangan ini bukanlah berniat untuk menyingung perasaan keluarga Allahyarham tetapi adalah untuk memberi penerangan mengenai penglibatan pelakon ini yang mungkin kurang dikenali oleh para pembaca portal KedahNews.com.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor