Pelakon Melayu Seksi Akui Ada Kekasih Baru


Kuala Lumpur, 24 Jun – Setelah perhubungan cintanya bersama pelakon Johan As’ari mendapat tentangan dari keluarga lelaki itu, kini pelakon Lana Nordin memperkenalkan kekasihnya barunya kepada media yang merupakan pendatang baru dalam dunia seni, Mas Khan.

Pelakon yang pernah diberi gelaran simbol seks di kalangan peminat di Malaysia mengakui perhubungan bersama pelakon baru itu masih diperingkat awal dan dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.
“Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya,” ujarnya kepada mStar Online.
Lana berkata, dia tidak mahu dikaitkan dengan Johan As’ari lagi dan dia bebas mencari pasangan hidupnya walaupun sebelum ini perhubungan dengan pelakon tersebut pernah mencetuskan kontrolversi.

“Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.
“Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima,” katanya
Sementara itu, Lana mengakui Mas Khan begitu matang walaupun baru berusia lingkungan 20-an dan mengakui mula berkawan rapat dengannya selepas bersama-sama menjalani pengambaran filem Biasan.
Bagi Mas Khan pula, dia mula tertarik dengan Lana kerana sikap pelakon itu yang lemah lembut dan penyayang walaupun pada mulanya dia beranggapan Lana seorang yang sombong.
“Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.
“Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media,” ujarnya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor