CERITA penemuan ‘benda asing’ dalam makanan yang dihidangkan di restoran bukanlah sesuatu yang baru.
Serangga, rambut, malah kondom pun pernah ditemui menerusi aduan yang disiarkan di internet sebelum ini.
Terbaru, seorang pelanggan menemui mata kail dalam hidangan kari
kepala ikan yang dipesannya di sebuah restoran mamak di Kuantan.
Statusnya telah dikongsikan menerusi Facebook Oh!Media dan turut disertakan dengan gambar.
Apa yang dikesali, pekerja restoran berkenaan tidak menganggap ia
sebagai perkara yang serius, malah mengambil sikap menyalahkan orang
lain pula.
Beberapa komen yang diterima menyatakan bahawa restoran tersebut memang terkenal dengan tahap kebersihan yang teruk.