Pencuri Tinggal Lori Dikejar Ajak Shiro

 

 Johor Bharu, 11 Jun – Pelawak dari kumpulan Shiro, Mohd Hanaffi Razak atau Ajak Shiro bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang dipercayai mencuri perkakas dapur dari rumahnya di Jalan Denai Kecil, Taman Purnama Kempas, Johor Bharu, Isnin lalu.

Sebahagian besar barangan yang dicuri oleh lelaki itu merupakan perkakas memasak yang akan digunakan dalam majlis pertunangan adiknya yang akan berlansung sehari sebelum kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.00 pagi ketika Ajak Shiro sedang berehat dirumahnya.

Menurut Ajak, lelaki yang berketurunan India itu menggunakan lori untuk mengangkut barang-barang yang berada di kawasan luar rumahnya.

Dia kemudian bertindak mengejar lori yang membawa barang yang telah dicuri dari rumahnya itu.

Lelaki India yang memandu lori berkenaan bertindak meninggalkan lori tersebut di tepi ladang kelapa sawit dan melarikan diri setelah menyedari dirinya telah dikejar oleh Ajak Shiro.

"Saya mengejar lori satu tan itu seorang diri sehingga memasuki kawasan ladang kelapa sawit.

"Di ladang kelapa sawit, suspek meninggalkan lori bersama muatan yang dicuri dari rumah keluarga saya," katanya kepada akhbar terbabit.


Sejurus kejadian, Ajak telah menghubungi rakannya iaitu Jepp Sepahtu untuk membantunya. –KedahNews.com/Mohd Shahir SHukor