Jawa Barat, Indonesia, 11 Jun – Gempar
apabila sekeping gambar yang dimuatnaik menunjukkan sepasang mayat yang ditemui
sekitar tanah perkuburan di sini dalam keadaan berbogel dan saling berpelukan.
Penduduk yang tinggal di Wilayah
Karawang, Jawa Barat, Indonesia mendakwa
pasangan ini mati ketika mereka sedang melakukan hubungan seks di sebuah
tanah perkuburan.
Menurut penduduk lagi, pasangan
yang ditemui melekat ini merupakan orang tempatan dan tinggal di sebuah kampung
berhampiran kawasan mayat mereka dijumpai.
Kedua-dua mereka dilaporkan sudah
berkeluarga dan menjalinkan hubungan secara sulit. Pasangan ini dipercayai bertemu
dan melakukan persetubuhan secara haram di kawasan perkuburan tersebut.
Seorang penduduk tempatan
berkata, disebabkan pasangan ini melakukan persetubuhan haram berhampiran
sebuah makam keramat di sebuah daerah Cengsin Klari, pasangan kedua-duanya
telah menerima sumpahan hingga menemui ajal sebegitu rupa.
Dalam foto yang tersebar itu,
kelihatan dua orang anggota polis dari wilayah berkenaan sedang memeriksa mayat
pasangan yang melekat di dalam sebuah beg mayat.
Apa yang menyakinkan penduduk mengenai kebenaran berita tersebut adalah permukaan lantai dalam gambar tersebut adalah sama dengan permukaan lantai di bilik mayat sebuah hospital di sini.
Apa yang menyakinkan penduduk mengenai kebenaran berita tersebut adalah permukaan lantai dalam gambar tersebut adalah sama dengan permukaan lantai di bilik mayat sebuah hospital di sini.
Ketua Polis Daerah Klari, Kompol
Wahidin enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang berlaku di daerah itu
ketika bercakap kepada pihak media Indonesia berhubung kesahihan gambar yang
dimuat naik itu.
Sekiranya benar kejadian ini
berlaku, KedahNews.com berharap para pembaca dapat mengambil iktibar mengenai
berita yang disiarkan sekaligus mengingatkan kepada semua kematian akan berlaku
tidak mengira tempat, usia, dan waktu.- KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor