Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan
minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit
fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan
adalah wajib bagi umat Islam.
Terlalu ramai umat Islam yg keliru dengan perkara-perkara
yang boleh membatalkan puasa lebih-lebih lagi jika perbuatan itu melibatkan
dalam kaedah perubatan yang kadang kala menjadi persoalan dikalangan orang
ramai seprti contoh memasukan ubat ke dalam telinga, ada dikalangan masyarakat
mengatakan puasa akan terbatal dan ada pula mengatakan tidak.
Di sini KedahNews.com ingin berkongsi Keputusan Fekah
Perubatan ke-9 yang diadakan di Morocco bagi membincang mengenai kaedah
perubatan yang tidak akan menggangu ibadah puasa dan perkara yang membatalkan
ibadah puasa.
Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi
Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa ialah makan, minum
dan melakukan hubungan seks. Selain itu, apa-apa bahan yang melalui rongga sama
ada bentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun turut akan
membatalkan puasa.
Berikut ialah perkara-perkara yang Tidak Membatalkan
Puasa setelah dipersetujui dalam Seminar Fekah Perubatan di Marocco pada 14 -17 Jun 1997 bersama 8-11 Safar 1418 :
- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.
- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.
- Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).
- Penderma atau menerima pemindahan darah.
- Oksigen dan Gas Bius.
- Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
- Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.
- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
- Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (contoh; UICD- alat pencegah kehamilan dalam rahim)
- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
Perkara yang berikut juga Tidak Akan
Membatalkan Ibadah Puasa
1. Ubat
titis hidung, semburan hidung (inhalers) dan ubat sedut.
2. Suntikan
ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
3. Pembedahan
yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat)
untuk berpuasa pada malamnya.
4. Mesin
atau dialisis buah pinggang melalui perut.
5. Penggunaan
teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan
seumpamanya kedalam perut.
Diharap dengan perkongsian maklumat ini akan
membantu pembaca KedahNews.com dalam menjelaskan segala kekeliruan anda sebelum
ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor