Pesuruhjaya PAS Perak Nak "Cepuk" Ibrahim Ali, Nobat Tian Chua Pembela Melayu!

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhasrat untuk "cepuk" Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hanya semata-mata beliau menegaskan mahu membela nasib penduduk Melayu Kampung Chibadak Tambahan di sini tanpa melibatkan sebarang agenda politik.

Mengherdik Ibrahim dalam ucapannya di depan penduduk itu, Razman turut menobatkan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua sebagai "pembela" sebenar bangsa Melayu.

"Aku cepuk dia nanti baru dia tau..

"Yang bela Melayu bukan Melayu, yang bela Melayu ni Tian Chua.. Cina.." katanya sambil merujuk pada Ahli Parlimen yang duduk semeja di depan pentas dengannya dalam satu majlis Perjumpaan dan Ceramah NGO dengan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, baru-baru ini.

Terdahulu di dalam majlis berkenaan, Ibrahim beberapa kali menegaskan bahawa perjuangan untuk menyelamatkan kampung tersebut perlu dilakukan tanpa sebarang agenda tersembunyi dari mana-mana parti politik yang mungkin mahu mengambil kesempatan terhadap mereka.

Berucap dalam majlis yang sama di sebelah Razman ketika itu, Presiden Perkasa itu bercakap atas dasar sebagai sebuah NGO yang memperjuang nasib bangsa Melayu dan bukan sebagai seorang ahli politik.

Bimbang para penduduk kampung itu supaya tidak diperbodoh atau diperalat oleh mana-mana parti politik yang cuba menangguk di air yang keruh, 

"Tuan Puan jangan diperalatkan oleh parti politik kalau nak berjaya. Saya taknak nanti kalau pergi jumpa Bandaraya (DBKL), nanti orang bangkit macam-macam. 

"Sediakan memorandum, sediakan maklumat, saya akan beri sokongan tidak berbelah bagi," kata Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh di majlis berkenaan, walaupun diganggu Razman ketika beliau memberikan ucapan.

Mungkin "terasa pedas" dengan "cili" yang sampaikan Presiden Perkasa itu, Razman yang berucap selepas itu menghentam pula keikhlasan NGO yang memperjuang dan mempertahan hak serta keistimewaan Melayu itu.

Perjumpaan dan ceramah di Kampung Chubadak Tambahan itu dianjur dengan penglibatan khas NGO-NGO dalam memperjuang nasib penduduk di situ, namun campur tangan PAS di majlis berkenaan mencemar majlis dengan agenda kepentingan politik mereka. -KedahNews.com