Polis Trafik Saman Kereta Polis!

 
Pernahkan anda melihat sebuah kereta peronda (MPV) Polis telah disaman oleh anggota polis yang lain?

Di sini KedahNews.com ingin berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan seorang anggota Polis Trafik yang begitu komited dengan tugas yang diberikan apabila mengeluarkan saman terhadap sebuah kereta peronda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Lokasi yang sukar dirakam oleh lensa kemera ini tidak dapat dipastikan, namun apa yang penting ialah tindakan yang dilakukan oleh anggota ini harus dipuji kerana bersikap adil terhadap kesemua pesalah trafik walaupun pihak PDRM sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh anggota ini dapat menepis tanggapan orang ramai yang sebelum ini sentiasa mengecam dan mengritik anggota polis yang dianggap sering mengambil rasuah dalam menjalankan tugas mereka.

Sejak kebelakangan ini, banyak video dan gambar beberapa anggota polis yang menjalankan tugas dengan berhemah mula tersebar di laman-laman sosial antara gambar seorang anggota polis yang bertindak mengoyak wang kertas RM20 yang diberikan pesalah trafik untuk melepaskan diri dari disaman.

Pihak KedahNews.com mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota polis tersebut yang dilihat sangat komited dalam melakukan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Undang-undang tetap undang-undang! -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor