PSY, Snoop Dogg Tiru Joe Flizzow?


Siapa tidak kenal dengan penyanyi Korea, PSY yang meletup dengan lagu Oppa Gangnam Stlye dan Gentleman yang menjadi satu fenomena dunia pada tahun lalu.

Kini PSY kembali dengan sebuah single terbaru berjudul Hangover yang turut menampil rapper terkenal antarabangsa, Snoop Dogg.

Apa yang menarik menerusi lagu terbaru ini adalah terdapat sedikit persamaan lagu ini dengan lagu penyanyi hip hop popular negara, Joe Flizzow, Havoc.

Adakah benar PSY dan Snoop Dogg meniru karya artis tempatan, Joe Flizzow?

Mungkin persamaan ini adalah satu kebetulan sahaja kerana dalam arena muzik hip hop, hasil music daripada pemyanyi lain sering di jadikan contoh untuk karya mereka.

Jika benar dakwaan ini, industri muzik di negara kita harus berbangga apabila karya seorang anak tempatan mendapat perhatian daripada artis negara luar yang dilihat mempunyai pasaran yang sangat luas berbanding negara Malaysia.

Di sini KedahNews.com ingin berkongsi video lagu tersebut kepada pembaca dan cuba dengarkan adakah benar lagu tersebut mempunyai persamaan atau ia sekadar kebetulan sahaja. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor