Puasa Selama 21 Jam 57 Minit Sehari di Iceland...

Di Malaysia, purata waktu berpuasa adalah 13 jam 33 minit sehari. Itu pun ada yang malas.

Namun, jika anda berpuasa di Iceland, maka anda perlu nambah hampir 8 jam lagi waktu puasa anda!

Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam 57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat antara keduanya.

Di Malaysia, cuaca panas akan menyebabkan anda cepat dahaga, namun di Iceland cuaca sejuk akan menyebabkan anda cepat lapar.

Bayangkan berlapar selama hampir 22 jam sehari selama sebulan? Itulah antara cabaran Ramadan yang penuh keberkatan.

Selepas Iceland, paling lama anda akan berpuasa adalah di Sweden yakni selama 20 jam 57 minit, diikuti Amerika Syarikat (Alaska), 19 jam 51 minit, England (18 jam 53 minit), Jerman (19 jam 1 minit).

Bagi yang memilih untuk melaksanakan ibadah puasa di Mekah, maka anda perlu bersedia untuk berpuasa selama 14 jam 53 minit.

Pastinya ibadah umrah anda akan menjadi jauh lebih mencabar, namun keberkatan bumi Anbiya lain, susah macam mana pun kita buat, malah merasa seronok melakukannya.

Tempoh berpuasa yang paling singkat di bandar utama dunia tahun ini adalah di Sydney, Australia yang hanya memakan masa 9 jam 56 minit. Rujuk jadual di atas atau bawah untuk tempoh berpuasa di negara-negara lain.

Jadi… selepas mengetahui tempohnya, anda akan memilih untuk berpuasa di mana andai diberikan pilihan?

Ramadan
Sumber: Mynewshub.my