Kuala Lumpur, 19 Jun – Pengarah,
Raja Azmi mengakui dirinya bertudung disebabkan mahu mengembangkan perniagaan
dalam mempromosikan jenaya tudung yang dia jalankan.
Raja Azmi atau nama sebenarnya
Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia tidak dapat menafikan perkara
tersebut tetapi dalam pada yang sama niat berkenaan datang serentak dengan
hasratnya yang mahu berubah.
“Adakah
saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya
perkara itu.
“Saya
tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu
menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring,” katanya kepada mStar Online.
Pengarah
itu bercakap kepada media ketika ditemui di majlis pelancaran tudung Raja Azmi
For Variente di butik tersebut dekat Bangsar, Rabu lalu.
Sementara
itu, Raja Azmi berkata, dia telah melakukan solat sunat tahajud selama tiga
hari berturut-turut sebelum dibukakan pintu hatinya untuk berhijab.
Dalam
pada itu juga, Raja Azmi turut menjelaskan dia tidak kisah sekiranya niat untuk
bertudung akan menjadi kencaman orang ramai kerana yakin Allah SWT lebih tahu tentang isi hatinya.
Apa
yang KedahNews.com dapat katakan, sekiranya Raja Azmi ikhlas untuk bertudung
maka jangan jadikan perniagaan sebagai sebab dia berubah kerana itu akan
mencetuskan kontrolversi yang sekaligus dapat mengaibkan dirinya.
Berubah
kerana Allah SWT pasti akan mendapat ganjaran yang lebih besar di akhirat
berbanding ganjaran di dunia yang hanya bersifat sementara. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor