Jakarta, 15 Jun – Pemenang ratu
cantik Indonesia 2004 (Miss Jakarta 2004), Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal
dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Tol Kamal, di Jakarta Utara,
Khamis lalu.
Ketua Unit Kemalangan di
subdirektorat penguatkuasaan Undang-Undang Polis Bandar Raya, Miyanto berkata,
Rizka, 31, bersama suaminya, Aldico Juniarto menaiki sebuah teksi menuju ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke
Malaysia.
Menurut Miyanto, pemandu teksi
tersebut dipercayai hilang kwalan lalu merempuh sebuah trak yang berada di tepi
jalan sebelum teksi tersebut melanggar lagi sebuah kereta Honda CRV yang
menyebabkan kenderaan tersebut terpelanting ke bahagian tengan pembahagi jalan.
“Pemandu teksi dikatakan hilang
tumpuan dan mengawal kenderaannya,” kata Miyanto mengulas kemalangan yang
berlaku kepada media Indonesia.
Rizka yang mengalami cedera parah
dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Aldico dan pemandu teksi, Eko
Yulianto terselamat dalam kemalangan yang berlaku dan dikejarkan ke Hospital
Atmajaya di Pluit.
Doktor yang merawat Eko, Andri P
berkata, pemandu teksi tersebut mengalami kecederaan yang teruk dibahagian
saraf dan keadaannya kini sangat ktitikal.
Suami Rizka, Aldico yang
terselamat mengesahkan kejadian yang meragut nyawa isterinya dalam satu laman
sosial yang dimuatnaik selepas kejadian. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor