Rayer Dibebaskan Dari Tuduhan Menghasut


Georgetown, 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer tidak akan didakwa atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Seksyen selepas mendapat arahan daripada pejabat Peguam Negara hari ini.

“Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereta telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau.

"Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini," kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo. 

Dalam prosiding yang dijalankan hari ini, Rayer telah hadir ke mahkamah bersama penyokongnya dan pihak polis telah ditempatkan di luar kawasan mahkamah bagi mengawasi keadaan sekiranya berlaku kekacauan yang mungkin akan berlaku sekiranya Adun DAP itu didapati bersalah.

Terdahulu, Rayer telah bertindak menyerah diri kepada pihak polis pada Rabu lalu atas tuduhan menghasut selepas dia mengeluarkan kata-kata kesat dengan memanggil ‘Umno Celaka’ semasa bercakap dalam persidangan Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu.

Akibat tindakan itu, dia telah dikecam hebat oleh ahli Umno yang berpendapat dia mencetuskan perkauman antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di negara ini. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh Umno dan pertubuhan NGO yang lain mengenai perbuatannya itu.

Adun DAP itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis. Adakah selepas ini, DAP akan terus menuduh pihak mahkamah sebagai tidak berintegriti sekiranya ahlinya disabitkan kesalahan?–KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor