Ramai
antara kita berasa sedih dan pada masa sama marah apabila mendapat tahu
terdapat ibu yang tergamak membiarkan anaknya yang merupakan OKU terkurung
dalam keadaan tidak cukup
makan.
Bagaimanapun
dalam ramai-ramai yang tersentuh melihat keadaan anak OKU tersebut rupa-rupanya
ada juga manusia yang tidak berhati perut di luar sana.
Sudahlah
tidak berhati perut, diberitahu pula pemikiran negatifnya itu kepada orang
ramai tanpa rasa bersalah.
Itulah
yang boleh dikatakan terhadap status yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook
menggunakan nama akaun Amelina Amelie.
Menggunakan
bahasa sms ‘budak-budak sekarang’ Amelina membayangkan kanak-kanak OKU sebagai
hodoh dan buat semak je jadi kalau dia jadi menteri maka mereka akan dibuangnya
ke dalam loji.
Amboi,
bahasa pun ke laut ada hati nak jadi menteri? Rasanya ibu bapa Amelina perlu
memantau anak mereka ini kerana dia mempunyai masalah sivik yang kronik.
Bak komen seorang pengguna Facebook di atas, menghina manusia
lain ni jangan dibuat main-main. Silap-silap Tuhan bayar cash kat dunia lagi!
Sumber - MyNewsHub