Resort Terkenal Di Melaka Pasang Kamera Tersembunyi Di Tandas!


Melaka, 26 Jun – Seorang wanita dikenali sebagai Valarie Lam mendakwa sebuah resort di Melaka telah meletakkan sebuah kamera yang tersembunyi yang dipasang di dalam sebuah tandas di sana.

Valarie Lam mendakwa perkara tersebut menerusi satu status yang telah dimuatnaik di laman Facebook baru-baru ini.

Dalam status yang berbunyi, “ Found this spy cam inside the toilet at famous resort in Melaka. Since the Villa’s management don’t want to take on responsible on it, we decide to share it out. Pls (please) beware when u decide to stay at this resort and double check when u check in! Share it and let more ppl (people) know about this!

Menurut status yang dimuatnaik ini, dia ingin berkongsi mengenai perkara ini selepas pihak resort dikatakan tidak mahu bertanggungjawab mengenai laporan yang telah dibuat olehnya berhubung penemuan kamera tersebut yang diletakkan di dalam penyangkut baju pada tandas itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan nama resort tersebut dan mahu setiap pengunjung berhati-hati dan melakukan pemeriksaan yang teliti sekiranya mahu menginap di sana.
KedahNews.com tidak mengetahui sama ada wanita itu membuat laporan polis atau tidak berhubung perkara tersebut.

Apa yang dapat KedahNews.com katakan, sekirannya dakwaan ini benar diharap wanita itu dapat mendedahkan nama resort berkenaan kepada umum, dan ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan nama resort berkenaan tetapi sebagai pengajaran dan keselamatan untuk pengujung yang lain.- KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor