New York, 4 Jun – Penyanyi seksi,
Rihanna kembali mengembarkan para peminatnya apabila tampil dengan pakaian yang
menampakkan susuk tubuhnya di sebuah majlis anugerah fesyen yang diadakan di Lincoln
Center, New York baru-baru ini.
Penyanyi tersebut mengenakan
pakaian yang sangat nipis sehingga menampakan payudaranya kepada penonton yang
hadir pada malam itu.
Apa yang lebih mengejutkan, Rihanna
hamya menutup kemaluannya dengan memakai seluar dalam berwarna kulit atau nude
selain membawa bulu putih untuk melengkapkan gayanya pada malam itu.
Dalam anugerah itu, Rihannan
telah menerima anugerah tertinggi yang di anjurkan oleh Council of Fashion Designers of America (CFDA) apabila
diiktiraf sebagai ikon paling bergaya pada majlis yang berlangsung pada malam
tersebut.
Pada masa kini, kebanyakkan artis luar negara dilihat
berlumba-lumba untuk tampil dengan keadaan bertelanjang bagi mendapat perhatian
media. Fesyen seperti ini sudah menjadi trend kepada mereka.
Diharap dengan perkembangan fesyen seperti ini, tiada
dikalangan artis negara kita cuba untuk meniru cara pemakaian artis luar negara
kerana bimbang tindakan tersebut akan menambahkan lagi masalah sosial yang
makin bertambah di Malaysia. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor