Shah Alam, 11 Jun – Mahkamah Tinggi
Syariah di sini memutuskan tarikh bagi perbicaraan penuh bagi tuntutan nafkah tertunggak
lebih RM100,00 yang difailkan oleh
pelakon, Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
akan diadakan pada 30 September ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Shah Alam, Mawardi Che Man menetapkan tarikh perbicaan penuh mengenai tuntutan
itu ketika prosiding berlansung di
mahkamah semalam.
Dalam prosiding yang dijalankan
semalam, kedua-dua pasangan ingin tidak hadir dan mereka hanya diwakili peguam
masing-masing.
Sementara itu, hakim juga
menetapkan tarikh 22 September ini
sebagai tarikh pengesahan affidavit dan dokumen.
Peguam Rita, Dato’ Mohd Zaidi
Mohd Zain berkata, tuntutan nafkah nerjumlah RM100,000 yang difailkan oleh anak
guamnya itu melibatkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian, dan barang
asasi yang lain.
“Jumlah terbabit dikira bermula
dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari
2012, meninggalkan Rita dan dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit
Qaqa Arjuna, 3.
“Tuntutan nafkah ini difailkan
pada awal Januari yang lalu dan semua jumlah adalah nafkah yang tertunggak,”
katanya selepas prosiding mahkamah selesai semalam.
Rita sebelum ini turut menuntut
nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, dam juga lampin
pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.
Turut kelihatan di mahkamah
selepas prosiding selesai ialah peguam Aidil, Roshdan Sujak. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor