Sakan Beraksi Seks Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 6 Hotel


London, 12 Jun – Dua orang remaja maut akibat terjatuh dari sebuah balkoni tingkat 6 di sebuah hotel mewah ketika mereka sedang melakukan hubungan seks di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku itu, mangsa, Anatasia Tutik, 19, berasal dari negara Rusia bersama pasangannya , Miguel, 18, warganegara Mexico telah menyewa sebuah bilik di hotel berkenaan setelah selesai menduduki peperiksaan.

Kedua-dua mereka dipercayai terjatuh dari ketinggian 60 kaki ke bawah hotel ketika sedang asyik melakukan hubungan seks yang menyebabkan pasangan ini maut dalam kejadian itu.

Menurut saksi kejadian, Samson Oguntayo, 32, kedua-dua remaja ini melakukan aksi seks yang berbahaya dan mereka telah terjatuh  kerana dipercayai hilang kawalan.

“Remaja lelaki cuba mengangkat remaja perempuan tersebut beberapa kali ketika mereka melakukan hubungan seks di balkoni. Saya mampu menjerit ketika melihat mereka jatuh ke bawah,” katanya yang tinggal di bilik sebelah pasangan tersebut.

Tutik dan Miguel merupakan penuntut di sebuah sekolah antarabangsa, Kolej Bellerbys. Kedua mereka dipercayai merupakan anak golongan orang yang berada.

Sementara itu, rakan sekelas Tutik, Alfonso berkata, gadis tersebut merupakan seorang pelajar yang bijak dan sering mendapat markah yang tinggi dalam setiap peperiksaan.

“Mereka bertemu di  satu parti. Miguel baru seminggu tiba di London bagi mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia mahu mengikuti pengajian perniagaan.

“Tutik pula amat cantik dan sedang belajar A-Level. Dia berharap dapat memasuki university pada bulan September ini, “ ujar rakan sekelas Tutik. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor