Sanggup Ubah Muka Nak Jadi Lelaki Korea



Seorang lelaki rakyat Brazil sanggup menjalani beberapa pembedahan ke atas wajahnya kerana mahu dirinya kelihatan seperti lelaki Korea.

Lelaki yang di kenali sebagai Max, 25 , pada asalnya berambut perang dan bermata biru mula berminat untuk mengubah penampilan seperti lelaki Korea apabila terlibat menyertai program Pertukaran pelajar Di Universiti Dongseo di Korea Selatan.

Max terpaksa menjalani pembedahan ke atas wajahnya sebanyak 10 kali dan menghabiskan wang lebih daripada RM10,000 bagi mencapai hasratnya yang ingin menjadi lelaki Korea.

Menurut Max, dia juga mewarnakan rambutnya dengan warna hitam dan menegaskan yang dirinya amat bimbang sekiranya pembedahan di bahagian mata tidak akan berjaya.

“Saya tidak takut sekiranya pembedahan itu tidak berjaya, tapi saya takut jika pembedahan di mata saya tidak berjaya, tapi nasib baik penglihatan saya sempurna,’’ katanya yang mahu dikenali sebagai Xiahn.

Selepas berjaya menjalani pembedahan, tindakanya itu mendapat tentangan daripada keluarganya terutama dari ibunya yang menganggap dia telah mengubah ciptaan tuhan kepadanya. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor