Perancis, 17 Jun – Bekas Juara
Dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilapor telah sedar
daripada koma yang dialaminya sejak enam bulan lalu dan telah dibenarkan keluar
dari Hospital Grenobel, Perancis.
Sebelum ini, Schumacher mengalami
cedera parah dibahagian kepala selepas dia terjatuh ketika bermain Ski di
Pergunungan Alps, Perancis pada 29 Disember yang lalu.
Sejak kemalangan itu, Schumacher
tidak sedarkan diri dan beberapa pembedahan telah dilakukan dibahagian kepala
bekas juara dunia itu untuk mengeluarkan darah beku.
Menurut sumber dari ahli keluarga
Schumacher, dia kini telah dimasukkan ke Hospital Universiti Lausanae untuk
menjalani proses pemulihan selepas dibenarkan keluar dari hospital di Perancis.
Keluarga Schumacer mengucapkan terima kasih kepada peminat pemandu yang
berasal dari negara Jerman itu kerana sentiasa memberikan dia semangat untuk
kembali sedar sebelum ini.
Selain itu, keluarga bekas
pemandu F1 ini turut menghamburkan pujian terhadap kakitangan Hospital Grenobel
yang bertungkus lumus berusaha semasa
merawat Schumacher sehingga dia kembali sedar.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor