Sejak Bila Program TV Bertelanjang Bogel Dibenarkan Di Malaysia?


Pernahkah anda mendengar mengenai sebuah rancangan realiti ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan di Amerika Syarikat menerusi saluran Discovery.

Mungkin semua pembaca tertanya-tanya rancangan apakah yang KedahNews.com maksudkan dan apa isi kandungan atau jalan cerita program realiti itu.

Rancangan ‘Naked and Afraid’ yang sudah memasuki musim kedua memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita akan dipertemukan di dalam sebuah hutan dalam keadaan berbogel pada setiap episod.

Pasangan yang dipertemukan ini perlu tinggal di hutan selama 21 hari dan mereka perlu mencari pakaian, makanan dan perlindungan sepanjang tempoh itu.

Apa yang KedahNews.com cuba sampaikan ialah mengenai satu episod yang telah ditayangkan pada 13 April yang lalu telah menjalani pengambaran di hutan Malaysia. "Menarik" bukan?

Bagaimanakah program sebegitu boleh dijalankan pengambaran di negara kita sedangkan agama rasmi masyarakat Malaysia adalah Islam?

Mengikut pengetahuan KedahNews.com setiap pengambaran yang ingin dilakukan oleh negara luar perlu meminta kebenaran kerajaan Malaysia sebelum ia dilakukan.

Adakah program ini menjalankan pengambaran secara haram atau pihak berkuasa telah meluluskan pemohonan program ini berikutan mereka yang terlibat merupakan adalah rakyat asing?

Sekiranya benar dakwaan rancangan ini melakukan pengambaran secara haram, kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka kerana ini telah mencemarkan imej negara yang kaya dengat adat resam dan pegangan agama yang kuat.

KedahNews.com tidak dapat memberi pengesahkan mengenai perkara tersebut dan sekiranya pihak bertanggungjawab tahu mengenai isu ini diharap dapat menghubungi kami untuk menjawab setiap persoalan berikut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor