Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan dilaporkan seringkali
mendapat surat teguran daripada pihak pentadbir air India, Bombay
Muncipal Corporation.
Raja Bollywood itu didakwa lambat membayar lebih 45 hari daripada tarikh pembayaran sepatutnya.
Bagaimanapun, bukan hanya Shah Rukh Khan, beberapa nama besar dan kaya lain sering terlambat membayar bil air mereka.
Pihak Bombay Muncipal Corporation memberitahu satu kajian yang dibuat mendapati kelewatan membayar adalah disebabkan kesibukkan mereka dengan tugas seharian dan bukan kerana masalah kewangan. -Mstar