Skandal Anak Gadis Terbongkar, Bapa Malu Tekad Bunuh Diri


Bapa kepada model dan pelakon Hong Kong, Liddy Li, yang mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon Malaysia, Lee Sinje, telah membunuh diri sendiri selepas mengamuk di apartmennya.

Li Tak yan, 51, turut membunuh salah seorang jirannya dan melepaskan tembakan ke arah polis, dalam kes yang memakan masa selama 12 jam itu.

Ia berakhir apabila pasukan polis dari unit khas dikenali sebagai Flying Tigers menyerbu masuk ke rumah tersebut dan Tak Yan menembak dirinya.

Polis kini menyiasat punca kejadian itu, sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pembongkaran skandal anaknya, Liddy dengan suami Sinje, yang juga seorang pengarah filem, Oxide Pang.

Kes itu bermula pada 11 malam Sabtu lalu apabila Tak Yan mengikut jirannya, Liu ke dalam lif di apartmen tesebut menuju ke tingkat 21.

Sebaik sahaja jirannya membuka pintu rumah, Tak Yan telah menembaknya sebanyak tiga kali dan kemudian kembali ke rumahnya di tingkat 11.

Polis kemudiannya mengosongkan unit di tingkat 11 dan lelaki itu kemudiannya berdiri di luar tingkap dan mula menembak polis.

Hubungan sulit Libby dan Pang telah terbongkar selepas gambar mereka berdua-duaan didedahkan. Pang kemudiannya balik ke Malaysia untuk memujuk Sinje.

Pang kemudiannya memohon maaf kepada isterinya dan mengakui kesalahannya.

Dalam pada itu, Liddy yang ditemani oleh adik dan ibunya telah mengunjungi rumah mayat bagi mengenalpasti mayat tersebut.