Bina cinta baru... |
Kemelut kontroversi cinta yang melanda pengacara kecil manis, Nad Zainal, terjawab hari ini apabila Hefny Ahmad mengaku sedang bercinta dengan selebriti yang baru memutuskan hubungannya dengan Azwan Kombos.
Meskipun Nad dan Azwan sempat menghadiri kursus perkahwinan bersama, tidak diduga, jodoh percintaan mereka tidak kesampaian dan putus di pertengahan jalan tanpa menyatakan alasan perpisahan tersebut.
KedahNews.com difahamkan Azwan hingga kini masih keliru dan tidak tahu sebab dia "diceraikan" oleh Nad Zainal.
Pun begitu, Hefny yang sebelum ini menafikan diri sebagai punca yang memisahkan hubungan Nad dan Azwan telah tampil membuat pengakuan bahawa dirinya sedang menjalin hubungan yang "lebih dari kawan biasa" dengan pengacara tersebut.
"Ya, kami (saya dan Nad Zainal) sangat rapat dan bukan sekadar kawan
biasa. Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan
hubungan," kata Hefny yang petik dari sebuah laman web hiburan baru-baru ini.
Tambah Hefny, dia ada menghubungi "buah hati"nya yang sedang berada di Korea dan berbincang mengenai ikatan perkahwinan memandangkan usia dirinya yang kian meningkat.
"Kami ada bercakap tentang kahwin, tapi tidaklah dengan mendalam. Saya
pun sudah berumur 27 tahun, saya dah tiada masa untuk main-main lagi.
Saya tidak menolak kemungkinan jika kami ada jodoh," katanya lagi.
Apapun, KedahNews.com mendoakan agar niat suci kedua selebriti itu untuk "membina masjid" akan tercapai dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Biarlah jadi kenangan terindah... |
Buat Azwan, lepaskanlah cinta itu pergi kerana sekiranya kita benar-benar cintakan seseorang, sewajarnya dia diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih cinta hatinya. Jika dia pergi, anggaplah tiada jodoh dan sekiranya dia kembali, benarlah cintanya amat kuat pada anda.
Paling utama, ingatlah bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Allah SWT. Bercinta "gah satu dunia" sekali pun, sekiranya Allah SWT tetapkan tiada jodoh, maka tak ke mana juga hubungan itu, bukan? Redha sajalah.. -KedahNews.com