Pemain skuad Piala Dunia England terdiri daripada
antara ahli sukan yang mempunyai ribuan peminat di seluruh dunia apatah lagi di
tanah air mereka sendiri.
Namun kepulangan pasukan itu dari Brazil tidak ubah
seperti sebuah penerbangan yang membawa penumpang biasa.
Hal ini kerana, tinjauan di Lapangan Terbang Manchester
mendapati hanya seorang wanita yang berada di pagar untuk melihat pemain
England turut dari pesawat.
Itupun seorang nenek yang mungkin berusia lingkungan
70-an.
Ketiadaan sambutan oleh peminat bola sepak di lapangan
terbang tersebut berpunca daripada aksi buruk skuad England dalam kempen Piala
Dunia kali ini.
Walaupun pemain terbabit menerima gaji mewah ketika
beraksi untuk kelab namun mereka gagal menyinar dan membantu negara sendiri di
pentas antarabangsa.
Berikutan itu, tidak hairanlah mengapa hanya seorang
nenek yang menyambut kepulangan bintang England itu
Sumber : MyNewsHub.My