Seorang peminat bola sepak didakwa mengelar leher
isteri dan dua anaknya sebelum ke pub untuk menonton perlawanan Piala
Dunia antara England dan Itali bersama rakan-rakannya.
Mayat Cristina Omes, 38, dan anak-anaknya, Giulia yang berusia lima
tahun dan Gabriele, 20 bulan, ditemui di kediaman mereka di kawasan
perumahan di Motta Visconti, dekat Milan.
Kesemua mayat mereka ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa kesan tikaman, menurut beberapa laporan di Itali.
Perunding komputer, Carlo Lissi didakwa melakukan tiga pembunuhan.
Lissi memberitahu penyiasat bahawa dia membunuh isterinya terlebih
dahulu diikuti dengan dua anaknya pada lewat malam Sabtu (waktu
tempatan).
Dia kemudiannya meninggalkan rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam untuk menonton perlawanan Piala Dunia bersama rakan-rakan.
Menurut sumber polis, dia membuang senjata yang digunakan untuk
membunuh isteri dan kedua-dua anaknya di sebuah lubang konkrit ketika
dalam perjalanan.
Dia kemudiannya kembali pulang ke rumah selepas pukul 2 pagi untuk 'mencari' mayat, dan menghubungi polis.
Peti keselamatan di rumah lelaki itu terbuka dengan sejumlah kecil
wang dilaporkan hilang, tetapi pasukan penyiasat memfokuskan motis
mengenai pembunuhan bayi itu, sumber memberitahu media Itali.
Kekurangan senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu
menyebabkan mereka menolak pembuhan itu disebabkan oleh ibu muda itu
yang membunuh diri.
Lissi dikatakan memberitahu polis bahawa dia mengakui melakukan tiga
pembunuhan ngeri itu kerana dia menyintai wanita lain.
Sumber: mirror.co.uk