Cheras, 18 Jun – Satu kemalangan
ngeri telah berlaku semalam melibatkan sebuah motosikal ditunggang oleh
sepasang suami isteri hilang kawalan lalu terbalik selepas dihimpit sebuah
kereta mewah ketika melalui sebatang jalan yang sempit disebabkan pembinaan
landasan monorail (MRT), semalam.
Akibat daripada kemalangan itu,
pembonceng motosikal maut ditempat kejadian setelah mengalami cedera parah pada
seluruh bahagian badan kerana digilis oleh sebuah lori pasir manakala suaminya
terselamat selepas jatuh di bahagian tengah tayar lori berkenaan.
Ketika kemalangan berlaku
kira-kira jam 8.00 pagi semalam, mangsa, Noorshah Ahmad, 32, bersama dikatakan
dalam perjalanan menuju ke tempat kerja bersama suaminya, Muhammad Hafiz Abd
Rahman, 28, di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.
Keadaan kemalangan menjadi sayu apabila suami mangsa
yang terselamat dalam kemalangan tersebut bertindak menanggalkan baju untuk
menutup mayat isterinya yang dilihat
dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Muhammad Hafiz juga kemudianya turut sama mengumpul
cebisan mayat isterinya bersama beberapa anggota polis yang berada di tempat
kejadian. Selepas itu, dia dilihat
bertungkus lumus membersihkan darah mayat isterinya yang memenuhi jalanraya.
Tindakan Muhammad Hafiz mungkin tidak dapat dilakukan
oleh mereka yang tidak mempunyai ketabahan yang tinggi kerana ketika disaat
kehilangan orang yang tersayang dia menguatkan hati membantu pihak polis
mengumpul cebisan mayat isterinya.
Dari KedahNews.com, semoga Allah SWT mencucuri rahmat
ke atas roh Noorshah Ahmad dan terus memberi kekuatan kepada suami mangsa yang
terlibat dalam kemalangan itu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor