Seorang lelaki di Mexico yang
kemaruk untuk kelihatan kacak akhirnya terpaksa menderita dengan wajah yang
hodoh sejak 17 tahun lalu kerana kesilapan menyuntik sesuatu ke dalam kulit
wajahnya.
Hugo
Hernandez Garcia dari Nuevo Laredo, Mexico pada awalnya terlalu ingin kelihatan
cantik dan telah melakukan sesuatu tanpa merujuk kepada pakar tetapi hanya
bertindak sendiri, menurut papran laman web Oddity Central.
Dia
telah menyuntik minyak bayi “baby oil” ke dalam wajahnya kerana memikirkan kos
yang rendah untuk cantik.
Keputusannya benar-benar berbeza,
wajah Hugo bertukar menjadi hodoh dan membengkak. Dia mula menjalani beberapa prosedur kecantikan sejak tahun 1997
sehinggalah perbuatan yang menghancurkan wajahnya sendiri itu.
Sejak itu, dia telah melakukan
pelbagai perkara hanya menggunakan bahan-bahan keperluan rumah untuk menjadikan
kulit wajahnya kelihatan licin.
Sehinggalah
dia nekad menggunakan ‘baby oil’ dengan harapan ia memberikan keputusan sama
seperti penggunaan kolagen.
Biarpun
ragu-ragu dengan keputusannya, tetapi Hugo telah terlalu obses untuk menjadi
lebih kacak sehingga tidak menyedari apa yang baby oil boleh lalukan ke atas
wajahnya.
Tidak
beberapa selepas disuntik, kulit wajahnya bertukar merah dan membengkak secara
tidak normal. Agak menyedihkan apabila melihat wajah Hugo sebelum dan selepas
rawatan itu.
Bukan
sahaja muka Hugo jadi hodoh, kesihatannya juga terjejas teruk. Keadaan wajah
Hugo sebenarnya tidak menyakitkan tetapi dia terpaksa bergantung kepada 15 jenis ubat berbeza setiap hari.
Dia
juga perlu mengambil makanan mengikut diet khusus, minum banyak air dan juga
menjauhi alkohol.
“Saya tidak peduli jika orang
ramai melihat wajah saya, tetapi saya memang menghadapi masalah kemurungan
akibat wajah saya.
“Dalam kepala saya, saya cuba
memberitahu diri saya bahawa saya tidak ingin menyembunyikan apa-apa, cuma
sejarah kejadian ini menjadikan saya begitu trauma.
Sumber: Mynewshub