Tahniah Amir Raja Lawak


Sungai Besi, 15 Jun – Peserta progam Raja Lawak musim ke-3, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak telah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Intan pada hari Jumaat yang lalu.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Amir pernah membuat pengakuan mengenai hasrat yang ingin berkahwin dengan pilihan hatinya setelah enam bulan mereka berkenalan.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada media ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Amir, mereka telah merancang untuk bertunang sejak sebulan yang lalu setelah mendapat restu daripada kedua-dua buah keluarga dan bersyukur perhubungan mereka telah direstui.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya. Lagi.

Sementara itu, Amir menganggap Intan adalah pilihan yang tepat untuk dirinya kerana gadis berkenaan dilihat sangat bertanggungjawab dan sentiasa menyokong kariernya walaupun dia sering dikritk oleh para peminat.

"Selain itu, Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk berlakon dia kini semakin ligat dengan perniagaan sabun pencuci (detergen) yang diusahakannya sejak beberapa bulan yang lepas bersama seorang rakan kongsi.

Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.

KedahNews.com ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Amir Raja Lawak dengan pasangannya, Intan.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor