Satu
daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia
ialah 'kesedihan'. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan sandaran wahyu,
boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang.
Ketika dunia mengalami krisis ekonomi global, tekanan hidup bukan hanya dirasai
golongan miskin bahkan hartawan juga ikut terkena kesan kejatuhan raksasa
kapitalis dunia. Orang mukmin tidak kira miskin atau kaya ikut sama merasai
tekanan akibat situasi politik dan ekonomi yang membahayakan keselamatan harta
serta jiwa mereka.
Tetapi,
hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini.
Mereka yang berpegang dengan semangat reda atas putaran takdir yang berada
dalam genggaman kuasa Allah. Mereka sentiasa mengingati pesan Allah yang
dititipkan melalui al-Quran supaya orang mukmin reda dan berani menghadapi
suratan kehidupan.
Firman
Allah yang bermaksud:
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang
dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah
tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah sunnah kehidupan
yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan
sengsara.
Hati
yang sentiasa berdampingan dengan Tuhannya tidak mahu merintih dan
mempersoalkan ketentuan Kekasihnya Yang Maha Rahman. Dia berkata:
"Beruntungnya aku kerana masih ramai orang yang lebih teruk keadaannya dibandingkan diri dan keluargaku, mesti ada rahsia yang disimpan Allah demi untuk kebaikan agamaku, tidak patut menyalahkan sesiapa kerana itu hanya alat bukan sebab, semua takdir pilihan Allah tiada yang buruk dan jahat, semuanya baik bagi hamba-Nya yang memahami dengan hati yang beriman."
Untuk mendapatkan hati sebening mata air firdaus yang memandang segala ujian
dengan pandangan iman, selayaknya kita mempelajari bahaya kesedihan dan
kesannya dalam keperibadian kita. Antara kesan negatif kesedihan ialah:
Membuat jiwa kurang reda.
Ramai
yang memiliki jiwa reda kepada Allah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang
masalah surutnya keredaan itu bersamaan dengan jatuhnya ujian ke riba. Tidak
banyak, mungkin sedikit saja kalimah yang terlontar mewakili perasaan marah
atau sedih. Tetapi justeru kalimah itu menurunkan tahap keredaan kita kepada
Allah SWT.
Walaupun tidak hilang sama sekali, sepatutnya kita berhati-hati kerana mungkin
dari celah yang sedikit itu syaitan akan mengambil peluang untuk masuk ke sudut
hati dan akhirnya menguasai perasaan kita.
Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredai Tuhan kami." ? (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Orang yang ditimpa musibah hendaklah memperhatikan setiap ayat diucapkannya
dengan perhatian baik dan kawalan yang rapi. Kadang-kadang lidah tidak dapat
ditundukkan. Ia menterjemahkan kesedihan hati dengan kata-kata yang tidak
beradab kepada Allah seolah-olah mahu mempersoalkan kenapa Allah berbuat begitu
dan begini?
Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.
Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.
Sumber : 1K