Pelawak terkenal, Tauke Jambu atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria,
memberitahu wujud salah faham mengenai resit kasut sneakers ‘designers
shoe’ yang berharga RM6,000 miliknya.
Menurut Tauke, dia dikatakan telah membeli sepasang kasut "sneakers" mahal itu sedangkan dia mempunyai cerita sebenar di sebalik dakwaan liar tersebut.
"Sebenarnya, kasut itu ditaja bukan saya beli, saya ambil gambar
resit dan kongsi di ‘Whatsapp Group’ tapi adalah individu dalam ‘Group’
itu yang muat naik di laman sosial,” katanya yang dipetik dari laman hiburan terkenal Murai.com.
Katanya, berkemungkinan bahawa individu yang sebarkan itu bukan kawan-kawannya yang
sama berlakon mahupun berlawak dan mereka adalah kawan-kawan di luar
industri hiburan tanahair.
“Apa yang saya buat itu adalah perkara biasa tapi mungkin ada
segelintir dari ‘Group’ itu yang mungkin rasa cemburu dan cuba
menjatuhkan reputasi saya, “ katanya lagi.
Ditanya, sama ada Tauke akan siasat siapa dalang itu untuk
diambil sebarang tindakan berkenaan tuduhan liar itu, dia menjelaskan bahawa tindakan tersebut tidak perlu dan dia ikhlas memaafkan saja ketelanjuran rakannya itu.
Pun begitu, pelawak tersebut berazam agar lebih berhati-hati lagi selepas ini supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.
"Mungkin lepas ini saya akan lebih berhati-hati, agar perkara sebegini tidak timbul lagi," katanya.
Tauke juga turut menjelaskan, kasut yang ditaja ini beliau ingin
melaram untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang dan dia akui sangat gemarkan
sneakers itu serta berkemungkinan besar akan membelinya sendiri jika mampu.
"Sebelum ini saya tidak menitik beratkan imej permakaian kini, saya
sudah mula berjinak-jinak belajar mengenai fesyen terbaru untuk
digayakan di majlis rasmi atau tidak rasmi," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan kariernya yang terkini, Tauke memberitahu bahawa dia sedang sibuk berlakon Telemovie Simpul Raya
arahan Adlin Aman Ramli yang akan disiarkan di Astro Warna di Aidilfitri
nanti. -KedahNews.com