Putrajaya - Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast
Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA
babi, dan halal dimakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan
Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.
"Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama dan
diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam,
Selangor.
"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan batch 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Jamil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas
seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd
merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan
bagi mmastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal
Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin). -MyMetro