Hubungan kekeluargaan merupakan sebuah aset penting bagi
memastikan sesebuah keluarga dapat hidup dalam keadaan bahagia, aman damai dan diredhai Allah SWT.
Di sini
Kedah.News.com ingin berkongsi beberapa aktiviti atau tips untuk mengeratkan
hubungan keluargaan yang mungkin dapat membantu saudara megeratkan hubungan di
kalangan ahli keluarga :
1- Road Trip
Meluangkan
masa yang panjang dalam kereta sewaktu menuju ke destinasi kembara pasti
menyeronokkan. Waktu inilah anda sekeluarga dapat berbual, dan setiap ahli
keluarga dapat memberikan perhatian sepenuhnya.
2-
Menonton Wayang
Mungkin
anda boleh tetapkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan anda sekeluarga akan
meluangkan masa bersama untuk menonton filem yang sedang hangat ditayangkan. Ia
antara aktiviti hiburan yang sesuai untuk semua. Pastikan filem pilihan
diklasifikasikan sebagai ‘U’ ya.
3-
Permainan Interaktif
Anda
tentu pernah melihat adegan satu keluarga bermain Uno di dalam filem? Penuh
dengan kegembiraan bukan? Anda pun boleh juga. Boleh juga cuba permainan lain
seperti Monopoly, Scrabble dan sebarang permainan kad.
4-
Bercuti
Tiada
apa yang lebih menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bercuti bersama
keluarga. Berkelah di pantai ada kalanya sudah memadai.
5-
Aktiviti Lasak
Lakukan
aktiviti luar bersama seperti rock climbing, ataupun sukan air
bersama. Walaupun tidak semua ahli keluarga punya kemahiran melakukannya, namun
sokongan dari ahli keluarga yang lain pasti mengeratkan lagi hubungan.
6-
Makan Besar
Sebulan
sekali apa kata anda makan besar bersama keluarga, juadahnya lebih istimewa dan
variety berbanding makan malam biasa. Inilah masa untuk anda kumpulkan semua
ahli keluarga, jadikan ia aktiviti wajib sekali dalam sebulan. Lebih seronok
jika dapat masak bersama.
7-
Kerja Amal
Jika ada
masa apa kata anda sekeluarga lakukan kerja amal seperti menolong membersihkan
rumah orang tua, melawat pesakit kanser di hospital dan sebagainya. Tentu anda
pernah melihat gambar-gambar di Instagram milik Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah, Tengku Puan Pahang yang memaparkan gambar beliau sekeluarga
giat membantu mangsa banjir dengan menyediakan juadah.
8- Bargain Hunting
Hari ini
banyak jualan gudang berlangsung, jadikan ia sebagai peluang untuk anda
sekeluarga membeli-belah dengan mendapatkan barang seperti buku, pakaian,
perkakas rumah dan permainan pada harga luar biasa.
9-
Spa Di Rumah
Sebagai
anak apa kata anda beri urutan kepada kedua-dua ibu bapa anda. Boleh juga
pakaian pupur muka, lakukan pedicure dan manicure dan
sebagainya. Boleh juga anda solekkan ibu anda yang bercadang menghadiri majlis
istimewa.
10- Bersenam
Lakukan
senaman ringan bersama seperti joging atau berjalan di pusat rekreasi ataupun
lakukan aerobik bersama sambil mengikut gerak tari video yang dimainkan.
Berkebun juga salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.