Bukan penulis pandai sangat menguruskan wang, tetapi
sekurang-kurangnya kita harus mencuba untuk menguruskan wang gaji
bulanan dengan cara paling terbaik.
Secara purata di Malaysia golongan
lelaki pasti mempunyai masalah dengan menguruskan duit gaji. Betul tak
wahai kaum lelaki di luar sana, jika betul anda sama lah seperti saya.
Membahagikan keutamaan
Perkara pertama yang harus dilakukan apabila anda mendapat gaji ialah
semestinya membahagikan gaji mengikut keutamaan. Pembahagian kepada
beberapa bahagian ini sangat penting kerana kita akan dapat melihat
secara kasar kemana wang akan disalurkan. Kewangan secara tidak langsung
akan terkawal dan seterusnya memudahkan kita menguruskan pembelanjaan.
Menyenaraikan hutang dan bil
Senaraikan hutang-piutang anda sebolehnya di dalam buku. Penyenaraian
hutang ini penting supaya anda tidak tertinggal membayar hutang dengan
pihak bank atau sesama kawan.
Senaraikan barang keperluan bulanan
Senaraikan keperluan bulanan anda dan terus lakukan pembelian supaya
bajet bulanan anda tidak lari. Bagi mengelakkan terlebih berbelanja,
anda boleh membeli barang dengan harga yang lebih murah daripada bajet
pembelanjaan yang anda senaraikan. Wang yang selebihnya bolehlah
disimpan.
Tetapkan Target untuk simpanan
Contohnya anda ingin menyimpan RM500 sebulan, pastikan RM500 itu
telah ditolak awal-awal daripada duit gaji bulanan supaya tidak ada
berlaku “kemalangan” ketika berbelanja.
Berfikir sebelum berbelanja
Semua yang penting dah selesai, barulah anda boleh merancang untuk
menggunakan wang anda. Sebagai contoh semasa bermain badminton setiap
minggu, bayaran sewa gelanggang akan dikenakan betul tak? Seeloknya
gunakanlah wang lebih hasil penyenaraian dan pembahagian anda supaya
gaji bulanan anda tidak tersasar jauh.
Kesimpulan
Kalau anda dapat melakukkan tips yang dikongsikan ini, In Sha Allah gaji bulanan anda akan berbaloi dengan apa yang kerja anda lakukan.
Kalau anda dapat melakukkan tips yang dikongsikan ini, In Sha Allah gaji bulanan anda akan berbaloi dengan apa yang kerja anda lakukan.
Jikalau wang asyik habis entah kemana mesti anda akan merasa tidak berbaloi bekerja bukan? Tak nak la jadi macam tu kan.
Bekerja tidak boleh stres ya, barulah prestasi dapat ditingkatkan dan produktiviti syarikat bertambah baik.
Selamat mencuba!
Oleh: hzqahmd
*Apa pun, KedahNews.com berpandangan bahawa segala tips di atas hanya akan berjaya sekiranya kita benar-benar berdisiplin dan konsisten mengamalkannya. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, "lingkup" jugalah, kan?