Tindakan selebriti terkenal, Wardina Safiyyah yang rajin mengkritik dan menyalahkan kerajaan dalam pelbagai sudut mendapat pelbagai reaksi dari khalayak umum, ada yang menyokong dan ada pula yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
Memang normal sebagai seorang selebriti akan menjadi tumpuan orang ramai, termasuk Wardina.
Baru-baru ini,Wardina bukan saja dikritik hebat, malah dia disindir pedas kerana menyalahkan kerajaan berhubung isu remaja orang kelainan upaya (OKU) terbiar, Muhammad Firdaus, 15, yang mendapat liputan meluas media.
Mungkin tidak salah untuk mengkritik kerajaan secara terbuka atas dasar kebebasan bersuara. Namun, Wardina juga terpaksa akur apabila dikritik hebat pelbagai pihak seperti anggota Jabatan Pertahanan Awam yang menyelamatkan adik Firdaus seperti di bawah.
Begitu juga dengan fakta yang kurang tepat yang dinyatakan Wardina mengenai polisi Kerajaan Australia yang disanggah pengguna media sosial dan menjelaskan selebriti itu sekadar memalukan diri sendiri mengeluarkan kenyataan tanpa fakta yang kukuh.
Lebih hebat, Wardina dihentam teruk menerusi "warkah terbuka" yang tersebar luas di laman-laman internet yang menyifatkan selebriti itu "berhati busuk" dan membiarkan jiwanya dengan kebencian yang mendalam terhadap pihak kerajaan.
Berikut adalah kandungan warkah berkenaan.
Kehadapan Ustazah Wardina.
Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.
Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?
Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata & hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.
Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.
Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.
Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.
Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah. Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.
Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.
Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.
Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?
Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia.
KedahNews.com merayu pada semua pihak supaya tidak lagi menghentam Wardina. Kasihanilah selebriti kesayangan ramai itu. Dia hanya meluahkan pandangannya sahaja dan pendapatnya itu tidak semestinya bernas untuk diterima rakyat.
Apapun, KedahNews.com menyarankan agar Wardina bermuhasabah diri dan renung kembali kritikan yang dilemparkan padanya itu sama ada benar kelemahan yang ada pada dirinya atau sebaliknya.
Jadi, tidak perlulah selepas mengkritik sesetengah pihak, Wardina terpaksa "deactivate" laman-laman sosialnya untuk mengelak dari dikritik balas oleh para pengguna laman sosial lain, bukan? Jika berani mengkritik, maka bersedialah juga untuk dikritik, bukan?
Mungkin kadangkala apabila menjadi seorang "ustazah" selebriti, dijemput ke sana ke mari untuk memberi ceramah dan popular menjadikan kita alpa atau riak seolah-olah kita betul semuanya serta pihak yang tidak disokong itu salah dalam semua hal.
Mungkin Wardina boleh belajar untuk berfikir secara matang selepas ini dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Moga Wardina diberi hidayah dan petunjuk dariNya, insyaallah. -KedahNews.com